Assalamualaikum semua!
Ha,jawab jangan tak jawab..
Dah nak dekat sebulan aku tak update blog ni..sebenarnya minggu minggu yang lepas busy je memanjang..
haritu lepas je aku update terus kakak aku ajak balik kedah..after that pulak aku ada interview maktab kat lipis,cehhh bajet nak jadi cikgu la kononnya,padahal tak nak pungg sebenarnya..lepas daripada tu,my uncle n my aunty datang rumah kitaorang dan ajak aku gi cameron,..pasal cameron tu aku update nanti,hee..lepas je balik dari cameron,kami terus ke kedah and stay kat situ sampailah ahad lepas..Oh ya!lupe pulak nak bagi tahu yang aku dapat masuk UIAM,course ekonomi dan sains pengurusan..aku bersyukur sangat dapat course yang aku minat..So,minggu lepas adalah minggu yang teramat amat busy sebab kena settlekan macam macam benda dalam satu minggu..nak kene buat medical check up lah,isi borang perjanjian asasi lagi,haish macam2 lah..fuhhh,nampak kepenatan kat situ,hahha!
Aku daftar UIA 10hb,iaitu hari isnin ni,dan rasa sangat tak sabar nak jadi student U sebab kawan2 aku semuanya daftar awal daripada aku..Aku lah yang paling lassttt sekali daftar,haish..Aku berharap sangat yang aku dapat sesuaikan diri dengan tempat baru..yelah,dah 6 bulan tanam anggur kat rumah je,cehh padahal boleh je berdikari..Nanti time balik rumah aku kena naik bas,tak boleh suruh family jemput dah..Time dolu-dolu tu bolehla nak suruh family datang jemput bagai..Sekarang ni dah besor,dah bole kahwin dah ponn,muahahaha *bajet besor lah sangat*..
Ni maybe last entry from me sebab esok nak kena bertolak pergi rumah pak sedara pulak..
And maybe lambat lagi aku akan update blog ni sebab awal awal ni aku tak bawak laptop lagi..
In shaa Allah,I will update this blog after raya..
Busy
random talk
kawan
siapa yang kata zaman sekolah,zaman masuk asrama tu tak best? siapa yang kata zaman pakai baju sekolah tu, zaman kena perhimpunan setiap pagi Isnin dekat dataran sekolah tu tak syok? siapa kata zaman kena bangun berdiri cakap: selamat pagi cikgu dengan serentak, zaman kena berjaga malam sebab nak siapkan homework tu tak awesome?
siapa? siapa yang cakap macam tu?
memang lah. tak dinafikan memang bila time kena bersengkang mata nak siapkan kerja sekolah, time kena berlari dan lintas jalan sebab tak nak kena tinggal dengan bas, time kena marah dengan cikgu sebab tak siap homework and time kena denda sebab tak pergi turun solat dekat musolla tu, memang betul tak best tak syiok dan tak awesome langsung kan?
tapi, bila diri sendiri dah habis sekolah, dah keluar asrama ni, barulah sedar. bahawa betapa zaman tu sangat sangat best. dan tanpa sedar, diri sendiri pun boleh nangis sendiri sebab tahap rindu yang melampau, tanpa sedar diri sendiri boleh gelak sorang sorang sebab teringat zaman nakal giler langgar peraturan asrama dan tanpa sedar diri sendiri boleh geleng kepala sendiri sambil tutup muka sebab teringat kisah yang memalukan waktu sekolah dulu. rindu. ya. rindu sekarang ni memang tak terkata.
sebab waktu zaman sekolah dulu, benda yang paling best ialah having friends. yes,. tu lah benda yang menjadikan zaman sekolah tu jadi tersangat manis bila diingat kembali.
mana boleh lupa. bila sama sama buat kerja nakal. mana boleh lupa. bila sama sama kena denda dengan warden. mana boleh lupa. bila sama sama bersengkang mata sebab borak sampai pukul 2 pagi. mana boleh lupa. bila sama sama menangis terharu dapat result PMR. mana boleh lupa. bila sama sama solat hajat dan bangun tahajud dekat musolla. mana boleh lupa. semua tu memang takkan pernah boleh nak luput daripada kepala hotak ni.
sungguh. zaman sekolah lah sebenarnya zaman yang paling manis.
zaman semua pun sibuk nak buat kerja jahat. yang pasti, sehati sejiwa betul sebab buat sama sama. kena denda pun sama sama.
bila ingat balik, rasa rindu sangat.
I miss my friends. miss our big times together.