Powered by Blogger.
RSS

Busy

Assalamualaikum semua!
Ha,jawab jangan tak jawab..

Dah nak dekat sebulan aku tak update blog ni..sebenarnya minggu minggu yang lepas busy je memanjang..
haritu lepas je aku update terus kakak aku ajak balik kedah..after that pulak aku ada interview maktab kat lipis,cehhh bajet nak jadi cikgu la kononnya,padahal tak nak pungg sebenarnya..lepas daripada tu,my uncle n my aunty datang rumah kitaorang dan ajak aku gi cameron,..pasal cameron tu aku update nanti,hee..lepas je balik dari cameron,kami terus ke kedah and stay kat situ sampailah ahad lepas..Oh ya!lupe pulak nak bagi tahu yang aku dapat masuk UIAM,course ekonomi dan sains pengurusan..aku bersyukur sangat dapat course yang aku minat..So,minggu lepas adalah minggu yang teramat amat busy sebab kena settlekan macam macam benda dalam satu minggu..nak kene buat medical check up lah,isi borang perjanjian asasi lagi,haish macam2 lah..fuhhh,nampak kepenatan kat situ,hahha!

Aku daftar UIA 10hb,iaitu hari isnin ni,dan rasa sangat tak sabar nak jadi student U sebab kawan2 aku semuanya daftar awal daripada aku..Aku lah yang paling lassttt sekali daftar,haish..Aku berharap sangat yang aku dapat sesuaikan diri dengan tempat baru..yelah,dah 6 bulan tanam anggur kat rumah je,cehh padahal boleh je berdikari..Nanti time balik rumah aku kena naik bas,tak boleh suruh family jemput dah..Time dolu-dolu tu bolehla nak suruh family datang jemput bagai..Sekarang ni dah besor,dah bole kahwin dah ponn,muahahaha *bajet besor lah sangat*..

Ni maybe last entry from me sebab esok nak kena bertolak pergi rumah pak sedara pulak..
And maybe lambat lagi aku akan update blog ni sebab awal awal ni aku tak bawak laptop lagi..
In shaa Allah,I will update this blog after raya..

see you next time !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

random talk

Assalamualaikum..Good Morning...

have you had your shake today??
kalu belum,jommm tny saya..hee~

Kalu korang korang perasan,dah lame blog ni x diupdate..So,harini blog ni akan diupdate.Tapi tuan punye blog ni takde idea yang bernas,terpakselah cerita kat korang korang semua pasal random talk je..

Pagi tadi bila bangun tidur terkejutt giler sebab kelekatu a.k.a katu-katu penuh kat dalam dan luar rumah.lagipun semalam hujan lebat,memang seronokla sebab bole tidur dengan nyenyaknya,hehhe..dan saya amat tidak suka dgn katu-katu ni sebab ulat ni mengganggu ketenteraman awam,hehh..dan yang paling tak suka bila masuk je toilet nak ambil wudhu penuh satu toilet dengan ulat-ulat tu..

Lepas je solat subuh tadi,terus bukak laptop tengok FB..hehhe,apelah tengok FB pagi2 buta..and after that,saya basuh baju.then sidai baju and basuh baju lagi..Sebelum tu,saya masak nasi goreng untuk tok saya,tapi kalau tok saya tak datang rumah memang saya takkan masak pagi2..

Thats all yang saya nak cerita,n untuk information semua............

saya dah join HERBALIFE

and i;m now

 HERBALIFE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

wanna join me??
-lose weight
-maintain weight
-gain weight
-more energy
and earn extra income

ask me noww!!
i'm ready being ur

PERSONAL WELLNESS COACH
ask for ur free evaluation..
(014-5323540)

jom jadi sehat sekarang ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kawan


siapa yang kata zaman sekolah,zaman masuk asrama tu tak best? siapa yang kata zaman pakai baju sekolah tu, zaman kena perhimpunan setiap pagi Isnin dekat dataran sekolah tu tak syok? siapa kata zaman kena bangun berdiri cakap: selamat pagi cikgu dengan serentak, zaman kena berjaga malam sebab nak siapkan homework tu tak awesome?

siapa? siapa yang cakap macam tu?

memang lah. tak dinafikan memang bila time kena bersengkang mata nak siapkan kerja sekolah, time kena berlari dan lintas jalan sebab tak nak kena tinggal dengan bas, time kena marah dengan cikgu sebab tak siap homework and time kena denda sebab tak pergi turun solat dekat musolla tu, memang betul tak best tak syiok dan tak awesome langsung kan?

tapi, bila diri sendiri dah habis sekolah, dah keluar asrama ni, barulah sedar. bahawa betapa zaman tu sangat sangat best. dan tanpa sedar, diri sendiri pun boleh nangis sendiri sebab tahap rindu yang melampau, tanpa sedar diri sendiri boleh gelak sorang sorang sebab teringat zaman nakal giler langgar peraturan asrama dan tanpa sedar diri sendiri boleh geleng kepala sendiri sambil tutup muka sebab teringat kisah yang memalukan waktu sekolah dulu. rindu. ya. rindu sekarang ni memang tak terkata.

sebab waktu zaman sekolah dulu, benda yang paling best ialah having friends. yes,. tu lah benda yang menjadikan zaman sekolah tu jadi tersangat manis bila diingat kembali.

mana boleh lupa. bila sama sama buat kerja nakal. mana boleh lupa. bila sama sama kena denda dengan warden. mana boleh lupa. bila sama sama bersengkang mata sebab borak sampai pukul 2 pagi. mana boleh lupa. bila sama sama menangis terharu dapat result PMR. mana boleh lupa. bila sama sama solat hajat dan bangun tahajud dekat musolla. mana boleh lupa. semua tu memang takkan pernah boleh nak luput daripada kepala hotak ni.

sungguh. zaman sekolah lah sebenarnya zaman yang paling manis.

zaman semua pun sibuk nak buat kerja jahat. yang pasti, sehati sejiwa betul sebab buat sama sama. kena denda pun sama sama.

bila ingat balik, rasa rindu sangat.

I miss my friends. miss our big times together.






friends are worth more than a diamond
friends are worth more than a gold

they just cannot be replaced :')


yang benar,
Cik Ohsem

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kedah mari :p [reply version]

Assalamualaikum :)

dah selawat semuanya? selawat jangan tinggal ye!


kenapa tajuk dia macam tu? reply version?
ya. kerana entry ni diwujudkan kerana saya, Cik Ohsem ingin membalas kembali entry kedah mari yang telah di-post oleh Cik Nieta kita. :D


ye. ye. memang tak dinafikan yang saya tak pernah lagi berpeluang untuk menjejakkan kaki dekat Kedah Darul Aman tu. betul betul. dan sangat kesian bukan? tapi tidakkah anda anda semua merasakan, agak melampau menceritakan perihal Cik ohsem tak pernah menjejakkan kaki ke Kedah dan sekarang mengalami tahap kempunan yang agak melampau sehinggakan beliau pakai bantai je cakap utagha walaupun salah. ye. sungguh melampau kerana memalukan Cik Ohsem di sini. 


tapi tapi, tak mengapa. Walaupun Cik Nieta menceritakan perihal tersebut di sini, dengan tujuan untuk mengurangkan tahap ke-ohsem-an Cik Ohsem, semua itu hanyalah sia-sia. Kerana apa? Kerana... Cik Ohsem akan tetap Ohsem dan semakin ohsem. Kenapa begitu? Iye. Mestilah begitu kerana bukankah ohsem bila ramai orang yang sudah pernah jejakkan kaki ke Kedah, tetapi saya antara makhluk yang tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana? ye. saya tetap menjadi ohsem kerana saya lain daripada yang lain. luar biasa daripada kebiasaan. hahahahah


namun begitu, walaupun saya agak terkilan dengan niat jahat Cik Nieta yang cuba untuk mengurangkan tahap Ohsem saya dengan menceritakan perihal saya tak pernah ke kEdah di sini, tapi saya tetap berterima kasih dengan beliau kerana berazam untuk membawa saya ke sana bila saya besar nanti. erm. walaupun saya masih belum pasti adakah dia benar-benar ikhlas mahupun tidak. Tapi, tak mengapalah. Cik Ohsem sangat berbaik sangka dengan orang lain. 


itu saja yang nak dibalas. sekian, terima kasih ! :)

yours,
Cik Ohsem yang kempunan nak ke kedah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS